Watak pemain (
bahasa Inggeris:
Player character), kadang-kala disebut sebagai
playable character (PC) merupakan
watak dalam sebuah
permainan video atau
permainan berperanan yang dikawal atau boleh berada di bawah kawalan seorang
pemain, dan seringkali merupakan seorang
protagonis dalam plot utama ceritanya. Seorang player character merupakan persona para pemain yang mengawal setiap tindakannya.
[1][2] Player character seringkali merupakan
metonimi yang digelar
pemain. Sesetengah permainan video hanya mempunyai seorang watak pemain, namun ada juga yang memiliki dua terutamanya dalam judul-judul dua orang pemain, namun terdapat juga pemilihan yang boleh dibuat daripada sekumpulan watak yang boleh dikawal. Apabila lebih daripada satu watak boleh dipilih, setiap watak mungkin memiliki kebolehan yang sangat berbeza, termasuklah kekuatan dan kelemahannya untuk mempelbagai gaya permainan. Judul-judul permainan misalnya seperti
permainan video berlawan seringkali mempunyai jumlah watak yang ramai untuk dipilih para pemain, di mana beberapa pergerakan asas boleh dilakukan oleh hampir setiap watak dan sesetengah pergerakan unik hanya mampu diakses oleh satu atau beberapa watak sahaja. Judul berlawan seringkali tidak mempunyai sebarang
aras untuk dibuka atau diakses, justeru mempunyai sejumlah watak yang berbeza dan unik kepada diri masing-masing adalah penting untuk memastikan gaya permainannya tidak terhad, berbeza kepada judul-judul yang mungkin mempunyai aras-aras yang dapat mengembangkan permainannya.Seorang watak permain mungkin juga dimodel berdasarkan manusia sebenar, atau
watak bukan cereka terutamanya dalam
permainan video sukan yang menggunakan nama dan rupa ahli sukan sebenar. Mereka yang terutama dalam sejarah dan politik mungkin juga muncul sebagai watak-watak, terutamanya dalam
permainan strategi.